Wednesday, February 8, 2012

cinta hati ALLAH !



sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...








Selamat Ulang Tahun Rasulullah! Kan seronok sekiranya baginda masih ada...
Seperti manusia yang lain, bila tiba hari lahirnya pasti akan menyambut hari tersebut..
Kalau pada era sekarang ada yang buat party, doa selamat, menyambut di sekolah dan pelbagai cara yang dilakukan bagi meraikan hari yang bersejarah bagi mereka yang diraikan!



Namun rasulullah bukan begitu, pernahkah terfikir oleh kita.. mengapa puasa sunat dilakukan pada hari isnin dan khamis? Mengapa tidak pada hari sabtu dan ahad ke? kerana rasulullah dilahirkan pada hari isnin...
Maka, baginda menyambut hari lahirnya dengan berpuasa sunat.. Bagaimana pula dengan kita?!
Sebab itu jugalah barang siapa yang berpuasa bukan sebab ganti pada hari isnin di panggil puasa sunat.
Sunat mencontohi rasulullah s.a.w...



Begitu mulianya baginda sehingga meraikan kesyukuran kepada Allah yang memberi peluang hidup dengan berpuasa... Maka beruntunglah kamu wahai umat Muhammad! Maka bersyukurlah ditakdirkan menjadi umat Muhammad... Sedarkah kita bahawa khusyu' sangat ke solat kita? banyak sangat ke kita baca al-quraan setiap hari? dah banyak ke perkara sunat yang sudah kita lakukan? ini belum kira lagi dengan perkara wajib! Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada umat Muhammad totally different bagi umat nabi lain..






Maka, dengan membanyakkan selawat ke atas bagindalah yang mampu menampung amalan kita yang tidak seberapa ini.. Dengan selawat jugalah yang menjamin kita mendapat syafaat daripadanya di akhirat kelak.. Gunakanlah kelebihan yang Allah bagi hanya pada kita sahaja..(>_<)

Allah sendiri telah berfirman :




"Barangsiapa yang berselawat kepada rasulullah sekali maka Allah akan selawat kepadanya 10 kali."




Pernahkah kita terfikir mengapa bacaan dalam tahiyat akhir kita menyebut nama nabi ibrahim?
Terdapat dua pendapat di sini :

-semasa perjalanan isra' mikraj nabi bertemu dengan nabi ibrahim, lalu nabi ibrahim menyuruh rasulullah
 supaya sampaikan salam ku kepada umat mu

-nabi ibrahim pernah minta pada Allah hendak menjadi umat Muhammad tetapi Allah menolak

Disebabkan di antara sebab ini lah Allah memasukkan nama nabi ibrahim ketika kita membaca tahiyat akhir..  (wallahua'lam..#maaf sekiranya ada khilaf~mohon teguran sekiranya salah)








Beruntung jugalah kamu wahai umat Muhammad! Mengapa?
Memang tidak dapat dinafikan.. zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu..
Namun, apa kelebihan yang kita umat akhir zaman dapat, andai kita berusaha amar maaruf&nahi munkar pahala yang kita perolehi 2 kali ganda dari sahabat-sahabat pada zaman dahulu... 

Sahabat-sahabat pernah bertanya kepada rasulullah... 

"Ya rasulullah mengapa pahala umatmu pada akhir zaman nanti lebih banyak daripada kami    
 apabila mereka amar maaruf& nahi munkar?walhal kita lah yang membangunkan islam dan   
 menyebarkannya! 

Lalu baginda menjawab... 

"Mereka tetap berusaha meneruskan tanggungjawab aku walaupun aku sudah tiada, mereka tetap 
 beriman denganku walau mereka tidak pernah menemui aku, dan mereka terpaksa merujuk kepada 
 ramai ulama'-ulama' sekiranya terdapat sebarang musykilah. Tidak seperti kamu yang mudah  
 sahaja untuk menemui aku."





                                                hiasan semata-mata :)                                             
                                  

                                   

Para ulama' berpendapat mengatakan bahawa rupa nabi muhammad lebih kacak daripada nabi yusuf.
Kerana nabi yusuf kacak disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah.
Para ulama' juga berpendapat mengatakan bahawa suara nabi muhammad lebih merdu daripada nabi sulaiman.
Kerana nabi sulaiman memiliki suara yang merdu disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah.



#cinta hati ALLAH <3 = rasulullah !





Tuesday, February 7, 2012

MANN

salam :)

Setelah tersedar maka inilah hasilnya, MANN tu maksud dia kesedaran. Tak kisahlah kesedaran apa. Yang penting kesedaran itu akan membawa kebaikan kepada semua yang sudah tersedar! Sebenarnya satu hari saya telah menonton satu filem hindustan, MANN tajuknya! Astaghfirullah lagha nya! hehehe... tapi saya tak tahu kenapa apa yang saya dapat dari cerita ni mengingatkan saya pada-NYA! peliknya perasaan itu! Itulah hidayah Allah itu datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka? Betul tak?



Takde lah apa yang saya dapat dari cerita tu.. Cerita itu memang pasal cinta .. Cinta itu mampu mengubah sikap atau segala-gala mengenai manusia itu. Mampu mengubah seseorang itu demi meraih dan membuat orang yang yang disukainya itu akhirnya jatuh hati padanya. Kadang-kadang kala pelbagai usaha dan cara dia lakukan, sanggup berusaha susah dan payah demi mendapat apa yang dingini!



Kisah ini bermula, seorang lelaki sanggup mengubah hidup dia menjadi miskin setelah dicabar oleh seorang perempuan yang dicintai supaya mampu hidup berdikari. Selepas 6 bulan mereka berjanji untuk bertemu, akhirnya perempuan itu gagal mengotakan janji tersebut. Lelaki tersebut tetap menunggu perempuan itu, sehinggalah akhirnya  mereka bertemu dalam keadaan perempuan itu terkejut melihat lelaki tersebut di hadapannya. Sebenarnya, perempuan itu kakinya telah kudung. Akhirnya, lelaki itu telah mengetahui hakikat sebenar, itulah sebabnya perempuan itu menyembunyikan dirinya setelah sekian lama kerana dia takut lelaki itu tidak menerimanya. Akhirnya, lelaki itu mengahwini perempuan itu atas dasar cinta.










Apa yang saya ingin kaitkan ialah, adakah kita mampu mencintai Allah sedemikian rupa? Adakah kita sanggup mengorbankan diri kita seluruh jiwa dan raga hanya untuk-NYA? Seperti mana sang putera sanggup mengorbankan nyawanya demi meraih cinta sang puteri. Maka, hakikatnya begitulah sewajarnya kita meletakan darjat cinta kita pada-NYA! Sedangkan dialah yang menciptakan kita dengan rahmat-NYA dan iradat-NYA. Sebenarnya, air mata saya telah berlinangan disebabkan kesan daripada lakonan ini.



Maka, tersedar oleh saya mampukah kita mencintai-NYA sedemikian rupa, walhal dialah yang menciptakan kita, dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walau kita hodoh, kudung, bisu,pekak namun cinta-NYA pada kita tak pernah pudar. Malah, walau kita seperti "susu dibalas tuba" dia tetap mengasihi dan menyayangi kita. Walau banyak mana sekalipun kata-kata-NYA kita ingkar dia tetap menerima kita seadanya.










"Siapa yang menghadap kepada Allah dalam keadaan bertaubat, maka Allah menyambutnya dari 
 kejauhan, dan siapa yang berpaling dari-NYA, maka Dia memanggilnya dari kejauhan."



"Jika dia mendekat kepada-KU satu jengakal, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta. Jika dia      
 mendekat kepada-KU satu depa, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta. Jika dia
 mendatangi-KU dengan berjalan kaki, maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat."
                                                       
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Kadang-kadang bila tengok cerita korea ke hindustan ke.. air mata kita cepat je mengalir.. tapi setiap kali baca al-quraan atau dengar ayat al-quraan dialunkan kenapa tidak semudah itu untuk air mata mengalir?!
Bila baca novel, babak2 sedih senang je air mata mengalir macam sungai.. tapi setiap kali baca tafsir kenapa tidak semudah itu ?! Maka, marilah kita bersama-sama memahami dan menghayati surat cinta dari Allah yang dinukilkan khas untuk kita.








 

"Barangsiapa yang menyibukkan dirinya dengan al-quraan, Aku akan berikan yang lebih baik
 daripada yang dipinta."




"Bacalah al-quraan dan menangislah. Jika kalian tidak bisa menangis, maka buatlah seakan kalian    
 menangis."
                                                                                                                (Riwayat Ibnu Majah)






#Bacalah al-quraan itu seperti seolah-olah ayat itu dibacakan oleh Allah ditujukan khas itu kita <3!