Wednesday, February 8, 2012

cinta hati ALLAH !



sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...








Selamat Ulang Tahun Rasulullah! Kan seronok sekiranya baginda masih ada...
Seperti manusia yang lain, bila tiba hari lahirnya pasti akan menyambut hari tersebut..
Kalau pada era sekarang ada yang buat party, doa selamat, menyambut di sekolah dan pelbagai cara yang dilakukan bagi meraikan hari yang bersejarah bagi mereka yang diraikan!



Namun rasulullah bukan begitu, pernahkah terfikir oleh kita.. mengapa puasa sunat dilakukan pada hari isnin dan khamis? Mengapa tidak pada hari sabtu dan ahad ke? kerana rasulullah dilahirkan pada hari isnin...
Maka, baginda menyambut hari lahirnya dengan berpuasa sunat.. Bagaimana pula dengan kita?!
Sebab itu jugalah barang siapa yang berpuasa bukan sebab ganti pada hari isnin di panggil puasa sunat.
Sunat mencontohi rasulullah s.a.w...



Begitu mulianya baginda sehingga meraikan kesyukuran kepada Allah yang memberi peluang hidup dengan berpuasa... Maka beruntunglah kamu wahai umat Muhammad! Maka bersyukurlah ditakdirkan menjadi umat Muhammad... Sedarkah kita bahawa khusyu' sangat ke solat kita? banyak sangat ke kita baca al-quraan setiap hari? dah banyak ke perkara sunat yang sudah kita lakukan? ini belum kira lagi dengan perkara wajib! Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada umat Muhammad totally different bagi umat nabi lain..






Maka, dengan membanyakkan selawat ke atas bagindalah yang mampu menampung amalan kita yang tidak seberapa ini.. Dengan selawat jugalah yang menjamin kita mendapat syafaat daripadanya di akhirat kelak.. Gunakanlah kelebihan yang Allah bagi hanya pada kita sahaja..(>_<)

Allah sendiri telah berfirman :




"Barangsiapa yang berselawat kepada rasulullah sekali maka Allah akan selawat kepadanya 10 kali."




Pernahkah kita terfikir mengapa bacaan dalam tahiyat akhir kita menyebut nama nabi ibrahim?
Terdapat dua pendapat di sini :

-semasa perjalanan isra' mikraj nabi bertemu dengan nabi ibrahim, lalu nabi ibrahim menyuruh rasulullah
 supaya sampaikan salam ku kepada umat mu

-nabi ibrahim pernah minta pada Allah hendak menjadi umat Muhammad tetapi Allah menolak

Disebabkan di antara sebab ini lah Allah memasukkan nama nabi ibrahim ketika kita membaca tahiyat akhir..  (wallahua'lam..#maaf sekiranya ada khilaf~mohon teguran sekiranya salah)








Beruntung jugalah kamu wahai umat Muhammad! Mengapa?
Memang tidak dapat dinafikan.. zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu..
Namun, apa kelebihan yang kita umat akhir zaman dapat, andai kita berusaha amar maaruf&nahi munkar pahala yang kita perolehi 2 kali ganda dari sahabat-sahabat pada zaman dahulu... 

Sahabat-sahabat pernah bertanya kepada rasulullah... 

"Ya rasulullah mengapa pahala umatmu pada akhir zaman nanti lebih banyak daripada kami    
 apabila mereka amar maaruf& nahi munkar?walhal kita lah yang membangunkan islam dan   
 menyebarkannya! 

Lalu baginda menjawab... 

"Mereka tetap berusaha meneruskan tanggungjawab aku walaupun aku sudah tiada, mereka tetap 
 beriman denganku walau mereka tidak pernah menemui aku, dan mereka terpaksa merujuk kepada 
 ramai ulama'-ulama' sekiranya terdapat sebarang musykilah. Tidak seperti kamu yang mudah  
 sahaja untuk menemui aku."





                                                hiasan semata-mata :)                                             
                                  

                                   

Para ulama' berpendapat mengatakan bahawa rupa nabi muhammad lebih kacak daripada nabi yusuf.
Kerana nabi yusuf kacak disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah.
Para ulama' juga berpendapat mengatakan bahawa suara nabi muhammad lebih merdu daripada nabi sulaiman.
Kerana nabi sulaiman memiliki suara yang merdu disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah.



#cinta hati ALLAH <3 = rasulullah !





No comments:

Post a Comment