In the name of Allah :)
dah lama tak jenguk sini !
blog ini hanya bertujuan perkongsian ilmu , pendapat , dan pengalaman hidup !
terima kasih kepada pembaca , tak best mana pun ....
post kali ni khas untuk insan yang teristimewa ! kalau anda yang sedang membaca ini terasa istimewa pada saya .. ya andalah orangnya !
selama blog ini ditulis tak banyak cerita hidup yang saya kongsikan kat sini cuma pengalaman yang silam dan suka untuk saya kaitkan dengan apa realiti hidup yang berlaku ..
pertama , sekalung kemaafan buat sahabat2 yang sentiasa diingatan saya yang tak pernah saya lupakan kalian semua , tak pernah putus doa untuk kalian semua :) minta maaf dah lama diamkan diri ,tidak khabarkan berita ,bukan bermakna tidak mahu , tapi keadaan yang menyebabkan tak mampu nak berhubung dengan korang semua ! apabila disapa kerinduan pada kalian , doa sahaja mampu ku panjatkan.. apabila sedang membaca yaasiin , yaasiin sahaja mampu ku hadiahkan buat semua yang jauh di mata .. yang dah bertebangan jauh ke pelosok dunia!
tak sangka diri ini sering kali diingati :)
ok, apa yang dapat kita buat untuk korang untuk menyatakan keadaan diri kita sekarang mungkin hanya dalam laman ini sahaja . minta maaf kepada yang ternanti-nanti post kita ^_^ !
alhamdulillah sekarang kita sangat sihat ! jangan risau kita masih macam yang kita dahulu .. kat sini alhamdulillah seronok , macam2 belajar.. erti hidup , erti matang dan macam2 lagi ,,
alhamdulillah macam yang korang tau kita dah habis STP moduler sem1 , so taun depan lagi 2 sem alhamdulillah sekarang hanya mampu tawakal aje .. korang doakan kite dapat 4.0 flat ye ! kadang-kadang sibuk jugak kat sini :( sory ! even dpat balek rumah tapi kadang2 tak sempat nk contact..
kat sini faham2 jelah ,, nak selalu balik rumah tu memang tinggal mimpi je lah melainkan balik cuti panjang .. tapi kita tak kesah ... hehehehe ;) bukan tak suka balik tapi try belajar hidup jauh and survive hidup sorang2 ! seronokkan ?! kalau tak , tak advanture la hidup ni asyik senang je..
kat sini tak boleh on9 FB XD !
harap korang faham ye .
kita ambik MUET bulan 7 tahun depan ! korang ? korang pulak macammana hidup begelar mahasiswi ? mesti sibuk giler kan?! sronok tak ? mesti dah ada ramai kawan2 yang lebih best2 kan!
kat sini kita dapat kenal dengan budak2 seluruh Malaysia org Kedah , Kelantan , Perak , Johor and so on lah ! so memang mcm2 seleng lah gamaknye kadang2 harulah jugak !
tapi jangan risau walau dah dapat kawan baru , yang lama tak pernah kita lupakan !
ok . mungkin tu aja bende yang dapat kongsikan :) !
korang yang jauh ,
terima kasih sebab tak pernah lupakan kita !
sangat care pasal kita , berusaha tak nak lost contact dengan kita !
support kita selalu !
selalu follow up kita !
terharu sangat :'( terasa diri ni sangat dihargai , walaupun tak istimewa mana pun diri ni !
ok. walau kat mana korang berada , selamat berjaya ! capailah bintang walaupun susah ! letakkan pergantungan yang tinggi pada Allah !
andai rasa jatuh dan tersungkur anggaplah Allah sedang tarbiyah kita! dalam masa yang sama dia sedang memeluk kita dengan erat dan tak mahu kita jauh dari dia! dan kita selalu doakan kalian ! berusaha lah untuk capai cita2 semoga kita semua mampu jadi manusia yang mampu memberi sumbangan kepada agama dan bermanfaat kepada orang lain !
" uhibbukum fillah abadan-abadan "
p/s : ada jodoh kita jumpa ya, walau 10 tahun akan datang ! kalau tidak disyurga mungkin ?
No comments:
Post a Comment