Friday, January 20, 2012

percaya pada-NYA ...

Bismillah :)  

Kita selalu tak perasan akan apa yang berlaku! Kadang kala kita terlalu asyik atau buntu apabila benda yang kita suka ataupun tidak datang kepada diri kita. Tanpa kita fahami dan sedari itu semua. Allah Maha Mengetahui! Susunannya amat tepat! Tanpa kita sedari Allah telah susun hidup kita sehingga kini sebaik-baiknya.



Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.(At-Tin;4)







Sebenarnya bukan senang seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada seseorang itu. Tambahan lagi, orang yang baru dikenali. Namun, Allah adalah sebaliknya.. Buktinya, kita ini makhluk yang paling hina Allah memberi sepenuh kepercayaan-NYA kepada kita untuk menjaga hak-NYA! Yakni, memberi kita pinjam badan, mata, telinga, kaki dan segalanya. Inilah, bukti Allah percaya kepada kita! Maka, janganlah kita mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan. Misalnya, seperti yang terjadi pada zaman sekarang yakni manusia sewenang-wenangnya menggunakan hak Allah bukan pada tempatnya.



Menyerahkan segala-galanya pada yang bukan yang berhak! Itulah, realiti yang berlaku pada zaman ini..
Tetapi contengan nukilan yang saya ingin luahkan pada hari ini adalah kepercayaan yang Allah turunkan kepada seseorang untuk memegang suatu amanah dari Allah. Begitu percayanya Allah kepada hambanya yang terpilih bukan? Maka, haruslah kita sedar akan apa-apa sahaja amanah yang Allah beri kepada kita. Kerana, Allah sangat percaya kepada kita, maka sandarlah amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.






Sebagai contoh, apa-apa sahaja jawatan yang telah dinobatkan. Allah, menurunkan ilham kepada seseorang hamba untuk memilih hamba lain untuk memegang amanah itu. Begitu, indahnya penyusunan-NYA. 



Maka, beruntunglah sesiapa yang mendapat kepercayaan dari-NYA!





:: al-waktu KAL tutti frutti ::




Bismillah:)

Hehehe... peliknya bunyi?! selalu orang akan cakap al-waktu kas saifi! tapi kenapa saya tulis begini bukan begitu?! Sebab harga TUTTI FRUTTI tu amatlah mahal.. Bak mak kata mak saya tu "aiskrim orang kaya"
Tapi sebenarnya memang mahal pun tak pernah jumpa aiskrim mahal macamtu tapi rasa dia pun boleh tahan jugak.. Tujuan asal saya tulis entri kali ini bukan nak cerita pasal aiskrim ni.. Ada satu kata-kata yang saya terbaca ketika berjalan disuatu tempat membuatkan saya berfikir sejenak!



Apa dia? 

"Masa Itu Ibarat Aiskrim Makanlah Ia Sebelum Cair"



Hmmm.. betul lah tu. Lagi-lagi kalau aiskrim tu TUTTI FRUTTI! Bayangkanlah kalau ia cair seperti air?
Mesti masa tu apa yang kita boleh buat terkilan dan hanya mampu melihat>> sebab kita tahu ia tidak mampu untuk keras semula.. Masa tu barulah kita menyesal kenapa tak makan tadi?! Macam tu lah juga seperti masa, mungkin benda yang saya nak cakap ini benda biasa, tapi mungkin ia akan menjadi luar biasa kepada orang yang hargainya! Masa itu tak mampu nak berpatah semula.. Kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku terjadi pasti kita akan berkata demikian. Namun, apa boleh buat mungkin kita ditakdirkan begitu atau kita yang sendiri memilih jalan itu.. Am I right?



Pesanan ini khas untuk diri saya sebenarnya; yang sangat lah selalu lupa! Tapi saya still nak share juga sebab setiap orang ada pendapat masing-masing jadi saya akan terima segala pendapat sesiapa.
Peringatan ini, sangat istimewa saya dedikasikan untuk budak lepasan SPM ! Gunalah masa sebaik-baiknya ... Kalau kita ada perancangan buatlah betul-betul jangan dah habis cuti nanti baru kita menyesal dan terfikir! Ingat masa tu aiskrim yang cair tak mampu nak keras semula.. melainkan masuk peti ais memanglah.. tapi bentuk dia dah tak sama?! 




#Hargailah sesuatu itu sementara ia masih ada :)



Friday, January 13, 2012

ALLAH MAHA melihat !




Seirirng waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu yang tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertaubat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyayang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

kau ISTIMEWA !



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada puisi atau lagu
Tiada potreti atau mimpi
Yang dapat ku ilham seindahnya
Hanya kau satu dalam berjuta
Kau istimewa teristimewa!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
p/s : short but meaningful!
Terima kasih buat semua yang itimewa dalam hidup :) 
especially mak&ayah !

Wednesday, January 11, 2012

Kasihanilah MEREKA!

Bismillah :)  


                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang yang jahat!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang buat maksiat!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang langgar peraturan!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok manusia yang tak taat perintah Allah!



Sebenarnya itu semua lumrah dan fitrah manusia yang membenci mazmumah dan menyukai mahmudah!
Kalau anda diberi pilihan mahu epal yang elok ataupun rosak? Pastilah elok, sehinggakan mahu epal yang cantik dan berkilat! Manusia memang hakikatnya diciptakan begitu. Maka kasihanilah MEREKA yang sudah salah mengambil arah jalan kehidupan mereka . Dan janganlah kita cepat menghukum manusia yang jahil! Memang kita patut membenci perkara yang mungkar tetapi bukan membenci si pembuat! Tugas kita bukan sebagai hakim untuk mengadili kesalahan mereka, tetapi tugas kita adalah mendoakan mereka dan berusaha sedaya upaya mengajak mereka kepada kebaikan.












Sebenarnya, kita perlu lebih dekat dengan mereka. Selami jiwa mereka, bukan semakin jauh dari mereka. Tanpa kita sedari, manusia itu banyak ragamnya! Hidayah dan hati itukan milik Allah, kadang-kadang kita kecewa bila dah ajak orang kepada kebaikan tetapi mereka sebaliknya, jadi sebagai manusia biasa kita pasti akan berasa geram dan marah pada mereka yang tidak mahu melakukan kebaikan sedangkan kita sudah berusaha mengajak mereka. Sebenarnya kita selau terlupa satu perkara, MENDOAKAN MEREKA! Itulah yang kita selalu lupa! Ingat hati itu milik Allah..Disamping kita berusaha amar maaruf nahi mungkar, janganlah kita lupa untuk sentiasa melayarkan doa buat mereka supaya mereka diberi hidayah!











Bagaimana sikap rasulullah terhadap masyarakat arab jahiliyah pada zaman dahulu! Maka begitulah kita perlu mencontohi baginda. Baginda sangat menghormati,memuliakan mereka, malah merahmati dan melayan mereka dengan baik sekali walaupun mereka melakukan kemungkaran. Begitu mulianya sikap baginda. Kalau semua orang jahat dibenci siapa yang nak jadi baik? Ingatlah bahawasanya suatu hari nanti manusia akan kembali kepada fitrah.



Maka, sebagai seorang muslim pandanglah seseorang itu dengan kaca mata dakwah!
Ingat kita memang perlu membenci perkara mungkar TETAPI bukan orang yang melakukannya!

Wednesday, January 4, 2012

i hope it HAPPEN!

bismillah...


Hari tu saya ada pergi satu shopping compleks. Masya-Allah tak sangka ada tempat sebegini walaupun zaman dah terlebih moden ni.Saya tak pernah pergi shopping compleks yang sedap mata memandang, majoriti semua tutup aurat. Bukan senang nak jumpa shopping compleks yang macam ni, penuh dengan alunan zikir dan nasyid-nasyid. Nak buat dosa mesti rasa serba salah. Maka terfikirlah oleh saya kan seronok kalau semua tempat seperti ini. Aman, damai, penuh dengan barakah.


Maka tidak terciptalah neraka, untuk Allah menguji manusia kalau di dunia semuannya baik belaka!










Namun saya masih berharap bahawasanya akan ada tempat-tempat seperti itu lebih bannyak lagi yang akan dibina oleh arkitek-arkitek yang memahami islam. Malah seluruh kehidupan dan proses pendidikan begitu juga.
Kerana walau ada segelintir sahaja kelompok masyarakat kita yang mengamalkan cara hidup islam namun persekitaran yang sebaliknya misi ini pasti menemui kegagalan, kerana biah mempunyai kuasa magnet yang cukup kuat. Semoga biah islam akan dirasai dalam seluruh kehidupan oleh semua manusia suatu hari nanti.



Monday, January 2, 2012

Islam itu INDAH !

Salam :)  Manusia selalu melihat sesuatu dengan otak tapi bukan dengan hati dan jiwa. Memang kita melihat sesuatu itu menggunakan otak dan akal fikiran, tetapi kita sering lupa untuk melihat sesuatu itu dengan hati dan jiwa! Hanya manusia yang beruntung sahaja yang mampu melihat sesuatu perkara itu dengan hati dan jiwa!
Betul tak inilah yang selalu manusia yang kebanyakkan nampak :

-islam itu hanya ada dimasjid?
-islam itu hanya ada pada mycard?
-islam itu hanya ada pada sekolah agama?
-islam itu hanya ada pada ustaz-ustazah?
-islam itu hanya ada pada orang yang bertudung labuh?
-islam itu hanya ada pada orang yang berjubah?
-islam itu hanya ada pada orang berserban?
-islam itu hanya ada pada orang yang baik?
-islam itu hanya perlu solat?
-islam itu hanya perlu puasa?
-islam itu hanya perlu bayar zakat?
-islam itu hanaya perlu pergi haji?
-dan banayk lagi...











Wahai jiwa-jiwa yang mati, ingatlah islam itu ada dimana-mana bukan sahaja pada yang saya katakan tadi.
Carilah islam dimana-mana.Semasa kamu makan, bermain, bersembang, tidur, naik kereta dan sebagainya.
Kerana kamu tidak pernah sedari islam itu berada dimana-mana kerana itulah kita perlu ambilnyA secara total bukan separuh-separuh. Barulah kita rasa indahnya islam itu! Macam kita bagi hati kita kepada orang yang kita sayang sudah tentu kita bagi semua bukan separuh-separuh?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah ; 208)












Maka carilah islam itu dimana-mana, nescaya kamu akan temuinya
Nescaya kamu akan merasai indahnya ISLAM itu
Maka kamu akan hiasi seisi hidup kamu kepada-NYA
Gunalah, hargailah, jagailah perhiasan dan takhta pemberiannya!