Wednesday, January 4, 2012

i hope it HAPPEN!

bismillah...


Hari tu saya ada pergi satu shopping compleks. Masya-Allah tak sangka ada tempat sebegini walaupun zaman dah terlebih moden ni.Saya tak pernah pergi shopping compleks yang sedap mata memandang, majoriti semua tutup aurat. Bukan senang nak jumpa shopping compleks yang macam ni, penuh dengan alunan zikir dan nasyid-nasyid. Nak buat dosa mesti rasa serba salah. Maka terfikirlah oleh saya kan seronok kalau semua tempat seperti ini. Aman, damai, penuh dengan barakah.


Maka tidak terciptalah neraka, untuk Allah menguji manusia kalau di dunia semuannya baik belaka!










Namun saya masih berharap bahawasanya akan ada tempat-tempat seperti itu lebih bannyak lagi yang akan dibina oleh arkitek-arkitek yang memahami islam. Malah seluruh kehidupan dan proses pendidikan begitu juga.
Kerana walau ada segelintir sahaja kelompok masyarakat kita yang mengamalkan cara hidup islam namun persekitaran yang sebaliknya misi ini pasti menemui kegagalan, kerana biah mempunyai kuasa magnet yang cukup kuat. Semoga biah islam akan dirasai dalam seluruh kehidupan oleh semua manusia suatu hari nanti.



No comments:

Post a Comment