Wednesday, January 11, 2012

Kasihanilah MEREKA!

Bismillah :)  


                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang yang jahat!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang buat maksiat!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang langgar peraturan!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok manusia yang tak taat perintah Allah!



Sebenarnya itu semua lumrah dan fitrah manusia yang membenci mazmumah dan menyukai mahmudah!
Kalau anda diberi pilihan mahu epal yang elok ataupun rosak? Pastilah elok, sehinggakan mahu epal yang cantik dan berkilat! Manusia memang hakikatnya diciptakan begitu. Maka kasihanilah MEREKA yang sudah salah mengambil arah jalan kehidupan mereka . Dan janganlah kita cepat menghukum manusia yang jahil! Memang kita patut membenci perkara yang mungkar tetapi bukan membenci si pembuat! Tugas kita bukan sebagai hakim untuk mengadili kesalahan mereka, tetapi tugas kita adalah mendoakan mereka dan berusaha sedaya upaya mengajak mereka kepada kebaikan.












Sebenarnya, kita perlu lebih dekat dengan mereka. Selami jiwa mereka, bukan semakin jauh dari mereka. Tanpa kita sedari, manusia itu banyak ragamnya! Hidayah dan hati itukan milik Allah, kadang-kadang kita kecewa bila dah ajak orang kepada kebaikan tetapi mereka sebaliknya, jadi sebagai manusia biasa kita pasti akan berasa geram dan marah pada mereka yang tidak mahu melakukan kebaikan sedangkan kita sudah berusaha mengajak mereka. Sebenarnya kita selau terlupa satu perkara, MENDOAKAN MEREKA! Itulah yang kita selalu lupa! Ingat hati itu milik Allah..Disamping kita berusaha amar maaruf nahi mungkar, janganlah kita lupa untuk sentiasa melayarkan doa buat mereka supaya mereka diberi hidayah!











Bagaimana sikap rasulullah terhadap masyarakat arab jahiliyah pada zaman dahulu! Maka begitulah kita perlu mencontohi baginda. Baginda sangat menghormati,memuliakan mereka, malah merahmati dan melayan mereka dengan baik sekali walaupun mereka melakukan kemungkaran. Begitu mulianya sikap baginda. Kalau semua orang jahat dibenci siapa yang nak jadi baik? Ingatlah bahawasanya suatu hari nanti manusia akan kembali kepada fitrah.



Maka, sebagai seorang muslim pandanglah seseorang itu dengan kaca mata dakwah!
Ingat kita memang perlu membenci perkara mungkar TETAPI bukan orang yang melakukannya!

1 comment:

  1. pesanan ini buat diriku juga yang selalu lupa! haiysh ;)

    ReplyDelete