Monday, January 2, 2012

Islam itu INDAH !

Salam :)  Manusia selalu melihat sesuatu dengan otak tapi bukan dengan hati dan jiwa. Memang kita melihat sesuatu itu menggunakan otak dan akal fikiran, tetapi kita sering lupa untuk melihat sesuatu itu dengan hati dan jiwa! Hanya manusia yang beruntung sahaja yang mampu melihat sesuatu perkara itu dengan hati dan jiwa!
Betul tak inilah yang selalu manusia yang kebanyakkan nampak :

-islam itu hanya ada dimasjid?
-islam itu hanya ada pada mycard?
-islam itu hanya ada pada sekolah agama?
-islam itu hanya ada pada ustaz-ustazah?
-islam itu hanya ada pada orang yang bertudung labuh?
-islam itu hanya ada pada orang yang berjubah?
-islam itu hanya ada pada orang berserban?
-islam itu hanya ada pada orang yang baik?
-islam itu hanya perlu solat?
-islam itu hanya perlu puasa?
-islam itu hanya perlu bayar zakat?
-islam itu hanaya perlu pergi haji?
-dan banayk lagi...











Wahai jiwa-jiwa yang mati, ingatlah islam itu ada dimana-mana bukan sahaja pada yang saya katakan tadi.
Carilah islam dimana-mana.Semasa kamu makan, bermain, bersembang, tidur, naik kereta dan sebagainya.
Kerana kamu tidak pernah sedari islam itu berada dimana-mana kerana itulah kita perlu ambilnyA secara total bukan separuh-separuh. Barulah kita rasa indahnya islam itu! Macam kita bagi hati kita kepada orang yang kita sayang sudah tentu kita bagi semua bukan separuh-separuh?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah ; 208)












Maka carilah islam itu dimana-mana, nescaya kamu akan temuinya
Nescaya kamu akan merasai indahnya ISLAM itu
Maka kamu akan hiasi seisi hidup kamu kepada-NYA
Gunalah, hargailah, jagailah perhiasan dan takhta pemberiannya!

No comments:

Post a Comment