Friday, January 20, 2012

percaya pada-NYA ...

Bismillah :)  

Kita selalu tak perasan akan apa yang berlaku! Kadang kala kita terlalu asyik atau buntu apabila benda yang kita suka ataupun tidak datang kepada diri kita. Tanpa kita fahami dan sedari itu semua. Allah Maha Mengetahui! Susunannya amat tepat! Tanpa kita sedari Allah telah susun hidup kita sehingga kini sebaik-baiknya.



Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.(At-Tin;4)







Sebenarnya bukan senang seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada seseorang itu. Tambahan lagi, orang yang baru dikenali. Namun, Allah adalah sebaliknya.. Buktinya, kita ini makhluk yang paling hina Allah memberi sepenuh kepercayaan-NYA kepada kita untuk menjaga hak-NYA! Yakni, memberi kita pinjam badan, mata, telinga, kaki dan segalanya. Inilah, bukti Allah percaya kepada kita! Maka, janganlah kita mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan. Misalnya, seperti yang terjadi pada zaman sekarang yakni manusia sewenang-wenangnya menggunakan hak Allah bukan pada tempatnya.



Menyerahkan segala-galanya pada yang bukan yang berhak! Itulah, realiti yang berlaku pada zaman ini..
Tetapi contengan nukilan yang saya ingin luahkan pada hari ini adalah kepercayaan yang Allah turunkan kepada seseorang untuk memegang suatu amanah dari Allah. Begitu percayanya Allah kepada hambanya yang terpilih bukan? Maka, haruslah kita sedar akan apa-apa sahaja amanah yang Allah beri kepada kita. Kerana, Allah sangat percaya kepada kita, maka sandarlah amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.






Sebagai contoh, apa-apa sahaja jawatan yang telah dinobatkan. Allah, menurunkan ilham kepada seseorang hamba untuk memilih hamba lain untuk memegang amanah itu. Begitu, indahnya penyusunan-NYA. 



Maka, beruntunglah sesiapa yang mendapat kepercayaan dari-NYA!





No comments:

Post a Comment