Friday, November 16, 2012

cetusan hati !

In the name of Allah :)
 
 
 
 
 
 
Hati dah tak sanggup tengok orang kat sekeliling :'( ..
"wei jge diri skrg musim sejuk , jge kesihatan , klw nk keluar umah jgn sorg2 , kunci pintu , dan ......"
seronoknye tengok kawan2 yang lain !
 
..........................................
 
china , mesir , jordan , uk , us
kita bangga dengan korang semua :)
dah dapat jejak bumi orang , dah dapat rasa hidup dekat negara orang , dah dapat kenal dengan orang asing dan .......
selagi boleh kutip mutiara-mutiara kat sana KUTIPLAH !
selagi boleh sebarkan bahagia , SEBARKANLAH !
selagi mampu menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain , JADILAH !
 
siapa sangka nasib kita 10 tahun akan datangkan ?
walau bertimbun-timbun perancangan hidup kita yang dah kita rancang , who's know that Allah plan is better than us ! believe that :)
diorang pun tak pernah sangka hidup diorang jadi macam sekarang !
atleast try be the best planner ! sebab ada orang cakap biarlah kita punya impian tinggi di langit , sebab atleast kalau kita jatuh , jatuh atas pokok ! kalau kita tak de plan maybe kita terus jatuh tersembam kat bumi :'( !
 
alhamdulillah :)
i'm still syukur those things that Allah give ... it's enough for me as a hamba
thanks a lot sebab Allah campakkan dekat satu tempat yang tak pernah terlintas lansung dekat fikiran ...
but then , at there i meet a lot of thing ... i learn a lot of thing ... i feel one feeling that i never feel before and maybe i will never feel after this...
 
starfish , pirana , nemo , octopus , shark , and the most precious thing are pearls !
 
so that i decide think that , why i'm here have a lot of reason that Allah try to tell me and i'm in process to find it ...
mungkin tempat ni tak kan jumpa dekat jordan , mesir , china and  .......
 
 
 
 


Tuesday, November 13, 2012

rintihan kalbu !











Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu


p/s : bumi waqafan  !


maafkan ku :'( !

In the name of Allah :)

dah lama tak jenguk sini !
blog ini hanya bertujuan perkongsian ilmu , pendapat , dan pengalaman hidup !
terima kasih kepada pembaca , tak best mana pun ....

post kali ni khas untuk insan yang teristimewa ! kalau anda yang sedang membaca ini terasa  istimewa pada saya .. ya andalah orangnya !
selama blog ini ditulis tak banyak cerita hidup yang saya kongsikan kat sini cuma pengalaman yang silam dan suka untuk saya kaitkan dengan apa realiti hidup yang berlaku .. 

pertama , sekalung kemaafan buat sahabat2 yang sentiasa diingatan saya yang tak pernah saya lupakan kalian semua , tak pernah putus doa untuk kalian semua :) minta maaf dah lama diamkan diri ,tidak khabarkan berita ,bukan bermakna tidak mahu , tapi keadaan yang menyebabkan tak mampu nak berhubung dengan korang semua ! apabila disapa kerinduan pada kalian , doa sahaja mampu ku panjatkan.. apabila sedang membaca yaasiin , yaasiin sahaja mampu ku hadiahkan buat semua yang jauh di mata .. yang dah bertebangan jauh ke pelosok dunia! 

tak sangka diri ini sering kali diingati :)

ok, apa yang dapat kita buat untuk korang untuk menyatakan keadaan diri kita sekarang mungkin hanya dalam laman ini sahaja . minta maaf kepada yang ternanti-nanti post kita ^_^ !

alhamdulillah sekarang kita sangat sihat ! jangan risau kita masih macam yang kita dahulu .. kat sini alhamdulillah seronok , macam2 belajar.. erti hidup , erti matang dan macam2 lagi ,,
alhamdulillah macam yang korang tau kita dah habis STP moduler sem1 , so taun depan lagi 2 sem alhamdulillah sekarang hanya mampu tawakal aje .. korang doakan kite dapat 4.0 flat ye ! kadang-kadang sibuk jugak kat sini :( sory ! even dpat balek rumah tapi kadang2 tak sempat nk contact..

kat sini faham2 jelah ,, nak selalu balik rumah tu memang tinggal mimpi je lah melainkan balik cuti panjang .. tapi kita tak kesah ... hehehehe ;) bukan tak suka balik tapi try belajar hidup jauh and survive hidup sorang2 ! seronokkan ?! kalau tak , tak advanture la hidup ni asyik senang je..

kat sini tak boleh on9 FB XD !
harap korang faham ye .
kita ambik MUET bulan 7 tahun depan ! korang ? korang pulak macammana hidup begelar mahasiswi ? mesti sibuk giler kan?! sronok tak ? mesti dah ada ramai kawan2 yang lebih best2 kan!
kat sini kita dapat kenal dengan budak2 seluruh Malaysia org Kedah , Kelantan , Perak , Johor and so on lah ! so memang mcm2 seleng lah gamaknye kadang2 harulah jugak !




tapi jangan risau walau dah dapat kawan baru , yang lama tak pernah kita lupakan !



ok . mungkin tu aja bende yang dapat kongsikan :) !
korang yang jauh , 
terima kasih sebab tak pernah lupakan kita !
sangat care pasal kita , berusaha tak nak lost contact dengan kita ! 
support kita selalu !
selalu follow up kita !

terharu sangat :'( terasa diri ni sangat dihargai , walaupun tak istimewa mana pun diri ni !

ok. walau kat mana korang berada , selamat berjaya ! capailah bintang walaupun susah ! letakkan pergantungan yang tinggi pada Allah !
andai rasa jatuh dan tersungkur anggaplah Allah sedang tarbiyah kita! dalam masa yang sama dia sedang memeluk kita dengan erat dan tak mahu kita jauh dari dia! dan kita selalu doakan kalian ! berusaha lah untuk capai cita2 semoga kita semua mampu jadi manusia yang mampu memberi sumbangan kepada agama dan bermanfaat kepada orang lain !








" uhibbukum fillah abadan-abadan "





p/s : ada jodoh kita jumpa ya, walau 10 tahun akan datang ! kalau tidak disyurga mungkin ? 



Friday, August 24, 2012

T.H.E.M

in the name of Allah :)

mereka !
digelar ------->ST***** !
kenape?

mudah je jawapan diorang
sanggup diorang menetap walaupun semua yang dahulu bersama mereka sudah keliling dunia !
itulah pengorbanan diorang , sanggup sebab nak jage!
segala perit , diorang je yang rasa sebab diorang dah lama
dengan perangai manusia yang dahulunya bersama mereka berbeza&kini berbeza
namun still pada tempat yang sama
kawan2 yang lain semua dah pandai bergaya dengan macam2 gaya fesyen zaman sekarang lah katakan...


tapi , diorang still tak kisah pakai baju gaya macam boria
itulah istimewanya diorang...
kuat , tabah , tough , cekal dan segala bagai lah ...
sebab diorang ada matlamat , mission&vission mereka dipilih Allah !



jangan risau kami sentiasa menemani kamu semua :)
kita harungi segala ranjau onak duri sama2 ye !
cehhhh macam banyak sangat je :P



"so , how about you ? do you have ?!"


Thursday, August 23, 2012

Give Me Some Sunshine !




Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again



Thursday, May 31, 2012

ILYS !



When you have Friends that always remind you of Allah,

You start to fall in love with Allah through them,

so you start looking only for those that fear Allah,

They don't judge anyone,

They don't backbite about anyone,

They are only those that do deeds to please their LORD!

May ALLAH Make Us Among the Ummah that love each other for the sake of Ar-Rahman!

& Make us among those who walk together in the green gardens of Jannatul Firdaws.


Friday, April 13, 2012

everything happens for a REASON !

in the name of ALLAH :)




biiznillah for the long time i'm run out of idea .. but now ALLAH give
me a strength an idea for write again !




Semua yang terjadi di dunia ini dengan izin Allah ada hikmah dan sebab yang kita tak nampak. Namun hanya manusia yang melihat dengan mata hati sahaja yang dapat merasai hikmah tersebut :) . Tak kisah lah apa yang kita dapat itu bukan yang kita harap atau yang kita harapkan ke tapi ALLAH itu MAHA MELIHAT lagi MAHA MENGETAHUI . Dia pasti apa yang dia takdirkan untuk kita itu adalah terbaik untuk hidup dan mati kita . Okes :) saya tahu sekarang ada masa manusia yang sedang gundah gulana memikirkan apa masa depan hidup dia . Jangan runsing dan kita sebagai hamba perlu bergantung harap pada-Dia yang satu .




Post kali ini --------------------------------------------------------------->
suka untuk saya nukilkan post kali ini :)





horray ! :)



BERSEDIA untuk menerima segala takdir dan keputusan dalam hidup kita dengan penuh KEIMANAN !

kenapa kita perlu ? kalau tak perlu ? kalau tengah tunggu keputusan tu tunggu je lah perlu ke nak bersedia ? bukannya nak lari 4x100 pun yang nak kene bersedia terima betten dari pelari pertama !
Tapi sebenarnya itulah realiti yang kita perlu sangat , amat , bersedia ! sebab kita hanya hamba biasa yang iman sentiasa turun dan naik tak ikut masa dan musim .



Bila kita telah mempersiapkan diri kita bersedia dengan iman yang padu untuk menerima takdir hidup , insyaallah , walau sehebat mana pun badai dan tsunami yang melanda kita , kita akan terus berdiri dengan penuh gagah dan mampu tersenyum dan tawa . This is what we call the effects of ready with fully iman !
Itulah yang kita harapkan , andai tidak dapat seperti yang diharapkan setelah kita berhajat kepada-NYA kita masih kekal seperti manusia yang seolah-olah tidak mempunyai perasaan untuk sedih kerana ruang sedih itu telah diisi oleh iman . Insyallah :)








Saat orang lain terkulai lemah dek tak mampu hendak menerima takdir , namun kita mampu menjadi penguat kepada mereka dan masih mampu tersenyum ! tidak sedikit pun perasaan sedih mengulit jiwa . walaupun takdir kita juga seperti yang tidak kita harapkan ! itulah kekuatan yang insyaallah kita akan perolehi andai hidup kita sandarkan hanya untuk-NYA ! Maka benarlah kata ALLAH :





"Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah kerana-NYA "





Memang segala-galanya untuk DIA , DIA telah mengatur , menyusun hidup kita sebaik-baiknya :) maka percayalah pada-DIA kerana dia lebih tahu apa yang baik dan tidak untuk kita !
and absolutely not probably or maybe !so its true everything happens for a reason !
its just depends on us that we want to accept and face it or can't accept and run from the truth !
so, congrates ! mabruk ! the person can accept the reality and takdir from ALLAH with happiness and can give a support to the other person . So , you are HERO !








# always remember this equation :

accept + iman = happiness :)

Friday, March 16, 2012

what are DREAM made of ?


In the name of Allah :)





mak, nak jadi doktor! ayah, nak jadi engineer! 
hmmm.. kadang kala kalau dah samapai satu tahap tu semua benda kita nak jadi kan? dan kebanyakkan semua benda yang kita nak jadi tu semua yang bergaji BESAR lah gamaknye ;)
semua yang kita nak jadi tu semua pekerjaan yang up la kan ^_^"... yang orang pandang..

tapi,
pernah tak kita terfikir kalau kita kerja tu kita akan lebih dekat dengan tuhan?
kalau kita kerja tu akan lebih banyak ingat tuhan?
kalau kita kerja tu kita akan beri sumbangan pada islam?
dan yang paling penting..........
apa yang kita boleh buat untuk ummah dengan kepakaran yang kita miliki?!
hanya manusia yang memandang sesuatu dengan mata hati itu sahaja akan terfikir sejenak=.='

fikir-fikirkan lah :)
-memang kita perlu minat untuk satu pekerjaan
-pekerjaan itu akan lebih mendekatkan diri kita denganNYA
-keperluan ummah untuk kepakaran pada masa itu

ada satu kisah :)

seorang ustaz cerita kepada anak murid perempuan... "kenapa awak nak jadi doktor?". "minat." "Alhamdulillah, semoga awak boleh beri sumbangan kepada agama ye." "Maksud ustaz?" "Tak de, ustaz nak cerita satu kisah yang berlaku pada isteri kawan ustaz. Dia nak bersalin lagi beberapa hari, so dia masuklah hospital(goverment), dia dapat doktor lelaki tapi dia tak nak dia pun cube mintak kot2 dapat ke doktor pompuan tapi tak dapat jugak! dah lah isteri die tu punye lah menutup siap pakai niqob lagi.. seboleh-bolehnye tak nak la doktor laki yang sambut kan? punye lah si isteri ni menjaga mahkota die.. last2 terpaksa la jugak doktor laki yang sambut...suami dia la yang cite kat ustaz.. sampai die cakap "laki mane lah yang sanggup sebenarnya bila tengok isteri die bersalin disambut oleh bukan mahram die."

#Mungkin dekat Malaysia kekurangan doktor sakit puan perempuan agaknya... 
  siapa yang berminat lepas ni boleh la isi borang ye ^_^


:: jadilah apa yang anda nak jadi asalkan ia tidak menyebabkan kita jauh dari redha&rahmatNYA ::


"sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhya Allah benar-benar maha kuat dan perkasa" (surah al-Hajj :40)


Wednesday, February 8, 2012

cinta hati ALLAH !



sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...
sanah helwah rasulullah...








Selamat Ulang Tahun Rasulullah! Kan seronok sekiranya baginda masih ada...
Seperti manusia yang lain, bila tiba hari lahirnya pasti akan menyambut hari tersebut..
Kalau pada era sekarang ada yang buat party, doa selamat, menyambut di sekolah dan pelbagai cara yang dilakukan bagi meraikan hari yang bersejarah bagi mereka yang diraikan!



Namun rasulullah bukan begitu, pernahkah terfikir oleh kita.. mengapa puasa sunat dilakukan pada hari isnin dan khamis? Mengapa tidak pada hari sabtu dan ahad ke? kerana rasulullah dilahirkan pada hari isnin...
Maka, baginda menyambut hari lahirnya dengan berpuasa sunat.. Bagaimana pula dengan kita?!
Sebab itu jugalah barang siapa yang berpuasa bukan sebab ganti pada hari isnin di panggil puasa sunat.
Sunat mencontohi rasulullah s.a.w...



Begitu mulianya baginda sehingga meraikan kesyukuran kepada Allah yang memberi peluang hidup dengan berpuasa... Maka beruntunglah kamu wahai umat Muhammad! Maka bersyukurlah ditakdirkan menjadi umat Muhammad... Sedarkah kita bahawa khusyu' sangat ke solat kita? banyak sangat ke kita baca al-quraan setiap hari? dah banyak ke perkara sunat yang sudah kita lakukan? ini belum kira lagi dengan perkara wajib! Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada umat Muhammad totally different bagi umat nabi lain..






Maka, dengan membanyakkan selawat ke atas bagindalah yang mampu menampung amalan kita yang tidak seberapa ini.. Dengan selawat jugalah yang menjamin kita mendapat syafaat daripadanya di akhirat kelak.. Gunakanlah kelebihan yang Allah bagi hanya pada kita sahaja..(>_<)

Allah sendiri telah berfirman :




"Barangsiapa yang berselawat kepada rasulullah sekali maka Allah akan selawat kepadanya 10 kali."




Pernahkah kita terfikir mengapa bacaan dalam tahiyat akhir kita menyebut nama nabi ibrahim?
Terdapat dua pendapat di sini :

-semasa perjalanan isra' mikraj nabi bertemu dengan nabi ibrahim, lalu nabi ibrahim menyuruh rasulullah
 supaya sampaikan salam ku kepada umat mu

-nabi ibrahim pernah minta pada Allah hendak menjadi umat Muhammad tetapi Allah menolak

Disebabkan di antara sebab ini lah Allah memasukkan nama nabi ibrahim ketika kita membaca tahiyat akhir..  (wallahua'lam..#maaf sekiranya ada khilaf~mohon teguran sekiranya salah)








Beruntung jugalah kamu wahai umat Muhammad! Mengapa?
Memang tidak dapat dinafikan.. zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu..
Namun, apa kelebihan yang kita umat akhir zaman dapat, andai kita berusaha amar maaruf&nahi munkar pahala yang kita perolehi 2 kali ganda dari sahabat-sahabat pada zaman dahulu... 

Sahabat-sahabat pernah bertanya kepada rasulullah... 

"Ya rasulullah mengapa pahala umatmu pada akhir zaman nanti lebih banyak daripada kami    
 apabila mereka amar maaruf& nahi munkar?walhal kita lah yang membangunkan islam dan   
 menyebarkannya! 

Lalu baginda menjawab... 

"Mereka tetap berusaha meneruskan tanggungjawab aku walaupun aku sudah tiada, mereka tetap 
 beriman denganku walau mereka tidak pernah menemui aku, dan mereka terpaksa merujuk kepada 
 ramai ulama'-ulama' sekiranya terdapat sebarang musykilah. Tidak seperti kamu yang mudah  
 sahaja untuk menemui aku."





                                                hiasan semata-mata :)                                             
                                  

                                   

Para ulama' berpendapat mengatakan bahawa rupa nabi muhammad lebih kacak daripada nabi yusuf.
Kerana nabi yusuf kacak disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah.
Para ulama' juga berpendapat mengatakan bahawa suara nabi muhammad lebih merdu daripada nabi sulaiman.
Kerana nabi sulaiman memiliki suara yang merdu disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah.



#cinta hati ALLAH <3 = rasulullah !





Tuesday, February 7, 2012

MANN

salam :)

Setelah tersedar maka inilah hasilnya, MANN tu maksud dia kesedaran. Tak kisahlah kesedaran apa. Yang penting kesedaran itu akan membawa kebaikan kepada semua yang sudah tersedar! Sebenarnya satu hari saya telah menonton satu filem hindustan, MANN tajuknya! Astaghfirullah lagha nya! hehehe... tapi saya tak tahu kenapa apa yang saya dapat dari cerita ni mengingatkan saya pada-NYA! peliknya perasaan itu! Itulah hidayah Allah itu datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka? Betul tak?



Takde lah apa yang saya dapat dari cerita tu.. Cerita itu memang pasal cinta .. Cinta itu mampu mengubah sikap atau segala-gala mengenai manusia itu. Mampu mengubah seseorang itu demi meraih dan membuat orang yang yang disukainya itu akhirnya jatuh hati padanya. Kadang-kadang kala pelbagai usaha dan cara dia lakukan, sanggup berusaha susah dan payah demi mendapat apa yang dingini!



Kisah ini bermula, seorang lelaki sanggup mengubah hidup dia menjadi miskin setelah dicabar oleh seorang perempuan yang dicintai supaya mampu hidup berdikari. Selepas 6 bulan mereka berjanji untuk bertemu, akhirnya perempuan itu gagal mengotakan janji tersebut. Lelaki tersebut tetap menunggu perempuan itu, sehinggalah akhirnya  mereka bertemu dalam keadaan perempuan itu terkejut melihat lelaki tersebut di hadapannya. Sebenarnya, perempuan itu kakinya telah kudung. Akhirnya, lelaki itu telah mengetahui hakikat sebenar, itulah sebabnya perempuan itu menyembunyikan dirinya setelah sekian lama kerana dia takut lelaki itu tidak menerimanya. Akhirnya, lelaki itu mengahwini perempuan itu atas dasar cinta.










Apa yang saya ingin kaitkan ialah, adakah kita mampu mencintai Allah sedemikian rupa? Adakah kita sanggup mengorbankan diri kita seluruh jiwa dan raga hanya untuk-NYA? Seperti mana sang putera sanggup mengorbankan nyawanya demi meraih cinta sang puteri. Maka, hakikatnya begitulah sewajarnya kita meletakan darjat cinta kita pada-NYA! Sedangkan dialah yang menciptakan kita dengan rahmat-NYA dan iradat-NYA. Sebenarnya, air mata saya telah berlinangan disebabkan kesan daripada lakonan ini.



Maka, tersedar oleh saya mampukah kita mencintai-NYA sedemikian rupa, walhal dialah yang menciptakan kita, dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walau kita hodoh, kudung, bisu,pekak namun cinta-NYA pada kita tak pernah pudar. Malah, walau kita seperti "susu dibalas tuba" dia tetap mengasihi dan menyayangi kita. Walau banyak mana sekalipun kata-kata-NYA kita ingkar dia tetap menerima kita seadanya.










"Siapa yang menghadap kepada Allah dalam keadaan bertaubat, maka Allah menyambutnya dari 
 kejauhan, dan siapa yang berpaling dari-NYA, maka Dia memanggilnya dari kejauhan."



"Jika dia mendekat kepada-KU satu jengakal, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta. Jika dia      
 mendekat kepada-KU satu depa, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta. Jika dia
 mendatangi-KU dengan berjalan kaki, maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat."
                                                       
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Kadang-kadang bila tengok cerita korea ke hindustan ke.. air mata kita cepat je mengalir.. tapi setiap kali baca al-quraan atau dengar ayat al-quraan dialunkan kenapa tidak semudah itu untuk air mata mengalir?!
Bila baca novel, babak2 sedih senang je air mata mengalir macam sungai.. tapi setiap kali baca tafsir kenapa tidak semudah itu ?! Maka, marilah kita bersama-sama memahami dan menghayati surat cinta dari Allah yang dinukilkan khas untuk kita.








 

"Barangsiapa yang menyibukkan dirinya dengan al-quraan, Aku akan berikan yang lebih baik
 daripada yang dipinta."




"Bacalah al-quraan dan menangislah. Jika kalian tidak bisa menangis, maka buatlah seakan kalian    
 menangis."
                                                                                                                (Riwayat Ibnu Majah)






#Bacalah al-quraan itu seperti seolah-olah ayat itu dibacakan oleh Allah ditujukan khas itu kita <3!




Friday, January 20, 2012

percaya pada-NYA ...

Bismillah :)  

Kita selalu tak perasan akan apa yang berlaku! Kadang kala kita terlalu asyik atau buntu apabila benda yang kita suka ataupun tidak datang kepada diri kita. Tanpa kita fahami dan sedari itu semua. Allah Maha Mengetahui! Susunannya amat tepat! Tanpa kita sedari Allah telah susun hidup kita sehingga kini sebaik-baiknya.



Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.(At-Tin;4)







Sebenarnya bukan senang seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada seseorang itu. Tambahan lagi, orang yang baru dikenali. Namun, Allah adalah sebaliknya.. Buktinya, kita ini makhluk yang paling hina Allah memberi sepenuh kepercayaan-NYA kepada kita untuk menjaga hak-NYA! Yakni, memberi kita pinjam badan, mata, telinga, kaki dan segalanya. Inilah, bukti Allah percaya kepada kita! Maka, janganlah kita mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan. Misalnya, seperti yang terjadi pada zaman sekarang yakni manusia sewenang-wenangnya menggunakan hak Allah bukan pada tempatnya.



Menyerahkan segala-galanya pada yang bukan yang berhak! Itulah, realiti yang berlaku pada zaman ini..
Tetapi contengan nukilan yang saya ingin luahkan pada hari ini adalah kepercayaan yang Allah turunkan kepada seseorang untuk memegang suatu amanah dari Allah. Begitu percayanya Allah kepada hambanya yang terpilih bukan? Maka, haruslah kita sedar akan apa-apa sahaja amanah yang Allah beri kepada kita. Kerana, Allah sangat percaya kepada kita, maka sandarlah amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.






Sebagai contoh, apa-apa sahaja jawatan yang telah dinobatkan. Allah, menurunkan ilham kepada seseorang hamba untuk memilih hamba lain untuk memegang amanah itu. Begitu, indahnya penyusunan-NYA. 



Maka, beruntunglah sesiapa yang mendapat kepercayaan dari-NYA!





:: al-waktu KAL tutti frutti ::




Bismillah:)

Hehehe... peliknya bunyi?! selalu orang akan cakap al-waktu kas saifi! tapi kenapa saya tulis begini bukan begitu?! Sebab harga TUTTI FRUTTI tu amatlah mahal.. Bak mak kata mak saya tu "aiskrim orang kaya"
Tapi sebenarnya memang mahal pun tak pernah jumpa aiskrim mahal macamtu tapi rasa dia pun boleh tahan jugak.. Tujuan asal saya tulis entri kali ini bukan nak cerita pasal aiskrim ni.. Ada satu kata-kata yang saya terbaca ketika berjalan disuatu tempat membuatkan saya berfikir sejenak!



Apa dia? 

"Masa Itu Ibarat Aiskrim Makanlah Ia Sebelum Cair"



Hmmm.. betul lah tu. Lagi-lagi kalau aiskrim tu TUTTI FRUTTI! Bayangkanlah kalau ia cair seperti air?
Mesti masa tu apa yang kita boleh buat terkilan dan hanya mampu melihat>> sebab kita tahu ia tidak mampu untuk keras semula.. Masa tu barulah kita menyesal kenapa tak makan tadi?! Macam tu lah juga seperti masa, mungkin benda yang saya nak cakap ini benda biasa, tapi mungkin ia akan menjadi luar biasa kepada orang yang hargainya! Masa itu tak mampu nak berpatah semula.. Kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku terjadi pasti kita akan berkata demikian. Namun, apa boleh buat mungkin kita ditakdirkan begitu atau kita yang sendiri memilih jalan itu.. Am I right?



Pesanan ini khas untuk diri saya sebenarnya; yang sangat lah selalu lupa! Tapi saya still nak share juga sebab setiap orang ada pendapat masing-masing jadi saya akan terima segala pendapat sesiapa.
Peringatan ini, sangat istimewa saya dedikasikan untuk budak lepasan SPM ! Gunalah masa sebaik-baiknya ... Kalau kita ada perancangan buatlah betul-betul jangan dah habis cuti nanti baru kita menyesal dan terfikir! Ingat masa tu aiskrim yang cair tak mampu nak keras semula.. melainkan masuk peti ais memanglah.. tapi bentuk dia dah tak sama?! 




#Hargailah sesuatu itu sementara ia masih ada :)



Friday, January 13, 2012

ALLAH MAHA melihat !




Seirirng waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu yang tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertaubat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyayang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

kau ISTIMEWA !



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada puisi atau lagu
Tiada potreti atau mimpi
Yang dapat ku ilham seindahnya
Hanya kau satu dalam berjuta
Kau istimewa teristimewa!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
p/s : short but meaningful!
Terima kasih buat semua yang itimewa dalam hidup :) 
especially mak&ayah !

Wednesday, January 11, 2012

Kasihanilah MEREKA!

Bismillah :)  


                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang yang jahat!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang buat maksiat!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok orang langgar peraturan!
                    #  Kadang-kadang kita benci tengok manusia yang tak taat perintah Allah!



Sebenarnya itu semua lumrah dan fitrah manusia yang membenci mazmumah dan menyukai mahmudah!
Kalau anda diberi pilihan mahu epal yang elok ataupun rosak? Pastilah elok, sehinggakan mahu epal yang cantik dan berkilat! Manusia memang hakikatnya diciptakan begitu. Maka kasihanilah MEREKA yang sudah salah mengambil arah jalan kehidupan mereka . Dan janganlah kita cepat menghukum manusia yang jahil! Memang kita patut membenci perkara yang mungkar tetapi bukan membenci si pembuat! Tugas kita bukan sebagai hakim untuk mengadili kesalahan mereka, tetapi tugas kita adalah mendoakan mereka dan berusaha sedaya upaya mengajak mereka kepada kebaikan.












Sebenarnya, kita perlu lebih dekat dengan mereka. Selami jiwa mereka, bukan semakin jauh dari mereka. Tanpa kita sedari, manusia itu banyak ragamnya! Hidayah dan hati itukan milik Allah, kadang-kadang kita kecewa bila dah ajak orang kepada kebaikan tetapi mereka sebaliknya, jadi sebagai manusia biasa kita pasti akan berasa geram dan marah pada mereka yang tidak mahu melakukan kebaikan sedangkan kita sudah berusaha mengajak mereka. Sebenarnya kita selau terlupa satu perkara, MENDOAKAN MEREKA! Itulah yang kita selalu lupa! Ingat hati itu milik Allah..Disamping kita berusaha amar maaruf nahi mungkar, janganlah kita lupa untuk sentiasa melayarkan doa buat mereka supaya mereka diberi hidayah!











Bagaimana sikap rasulullah terhadap masyarakat arab jahiliyah pada zaman dahulu! Maka begitulah kita perlu mencontohi baginda. Baginda sangat menghormati,memuliakan mereka, malah merahmati dan melayan mereka dengan baik sekali walaupun mereka melakukan kemungkaran. Begitu mulianya sikap baginda. Kalau semua orang jahat dibenci siapa yang nak jadi baik? Ingatlah bahawasanya suatu hari nanti manusia akan kembali kepada fitrah.



Maka, sebagai seorang muslim pandanglah seseorang itu dengan kaca mata dakwah!
Ingat kita memang perlu membenci perkara mungkar TETAPI bukan orang yang melakukannya!

Wednesday, January 4, 2012

i hope it HAPPEN!

bismillah...


Hari tu saya ada pergi satu shopping compleks. Masya-Allah tak sangka ada tempat sebegini walaupun zaman dah terlebih moden ni.Saya tak pernah pergi shopping compleks yang sedap mata memandang, majoriti semua tutup aurat. Bukan senang nak jumpa shopping compleks yang macam ni, penuh dengan alunan zikir dan nasyid-nasyid. Nak buat dosa mesti rasa serba salah. Maka terfikirlah oleh saya kan seronok kalau semua tempat seperti ini. Aman, damai, penuh dengan barakah.


Maka tidak terciptalah neraka, untuk Allah menguji manusia kalau di dunia semuannya baik belaka!










Namun saya masih berharap bahawasanya akan ada tempat-tempat seperti itu lebih bannyak lagi yang akan dibina oleh arkitek-arkitek yang memahami islam. Malah seluruh kehidupan dan proses pendidikan begitu juga.
Kerana walau ada segelintir sahaja kelompok masyarakat kita yang mengamalkan cara hidup islam namun persekitaran yang sebaliknya misi ini pasti menemui kegagalan, kerana biah mempunyai kuasa magnet yang cukup kuat. Semoga biah islam akan dirasai dalam seluruh kehidupan oleh semua manusia suatu hari nanti.



Monday, January 2, 2012

Islam itu INDAH !

Salam :)  Manusia selalu melihat sesuatu dengan otak tapi bukan dengan hati dan jiwa. Memang kita melihat sesuatu itu menggunakan otak dan akal fikiran, tetapi kita sering lupa untuk melihat sesuatu itu dengan hati dan jiwa! Hanya manusia yang beruntung sahaja yang mampu melihat sesuatu perkara itu dengan hati dan jiwa!
Betul tak inilah yang selalu manusia yang kebanyakkan nampak :

-islam itu hanya ada dimasjid?
-islam itu hanya ada pada mycard?
-islam itu hanya ada pada sekolah agama?
-islam itu hanya ada pada ustaz-ustazah?
-islam itu hanya ada pada orang yang bertudung labuh?
-islam itu hanya ada pada orang yang berjubah?
-islam itu hanya ada pada orang berserban?
-islam itu hanya ada pada orang yang baik?
-islam itu hanya perlu solat?
-islam itu hanya perlu puasa?
-islam itu hanya perlu bayar zakat?
-islam itu hanaya perlu pergi haji?
-dan banayk lagi...











Wahai jiwa-jiwa yang mati, ingatlah islam itu ada dimana-mana bukan sahaja pada yang saya katakan tadi.
Carilah islam dimana-mana.Semasa kamu makan, bermain, bersembang, tidur, naik kereta dan sebagainya.
Kerana kamu tidak pernah sedari islam itu berada dimana-mana kerana itulah kita perlu ambilnyA secara total bukan separuh-separuh. Barulah kita rasa indahnya islam itu! Macam kita bagi hati kita kepada orang yang kita sayang sudah tentu kita bagi semua bukan separuh-separuh?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah ; 208)












Maka carilah islam itu dimana-mana, nescaya kamu akan temuinya
Nescaya kamu akan merasai indahnya ISLAM itu
Maka kamu akan hiasi seisi hidup kamu kepada-NYA
Gunalah, hargailah, jagailah perhiasan dan takhta pemberiannya!